Pelakon popular Emma Maembong merupakan nama besar dalam industri hiburan ketika ini.
Baru baru ini, Emma Maembong telah dimarahi oleh para followernya. Apa Kes??
Ini adalah kerana sikap Emma Maembong yang selalu jual mahal apabila ditanya tentang hal berkaitan dengan percintaannya.
Perangai Emma maembong itu telah membuatkan para follower berasa geram dan menyampah dengan aktres tersebut.
Tetapi kalian jangan salah sangka tentang hal ini. Ianya langsung tiada kaitan dengan hubungan cinta antara Emma Maembong dan juga pelakon Kamal Adli.
Kemarahan dan perasaan benci itu wujud disebabkan keberkesanan watak bernama 'Intan' lakonan Emma Maembonh menerusi drama terbaru lakonannya berjudul "Awak Suka Saya Tak?"
Emma Maembong telah berganding dengan pelakon baru Alvin Chong yang memegang watak utama sebagai Hilman.
Untuk yang tak kenal siapakah Alvin Chong ni, dia adalah pelakon pembantu dalam drama bersiri popular Suri Hati Mr Pilot yang mana Alvin membawa watak sebagai sahabat karib kepada Fattah Amin.
Okey berbalik kepada isu Emma Maembong kena marah, Alvin Chong dan Emma ada mempromosikan sedutan drama lakonan mereka di akaun Instagram (IG).
Rata-rata peminat meluahkan rasa geram dan melabelkan "Intan" lakonan Emma Maembong sebagai wanita yang hanya pentingkan diri sendiri.
Alvin Chong juga turut berkongsi caption yang menunjukkan Hilman berada dalam dilema disebabkan perangai Intan.
Ini merupakan antara komen 'marah' para penonton yang ditujukan kepada ‘Intan’:
@jamaliza69: Intan sangat pentingkan diri! Menyampah watak Dia! Ish
@wafaazain: Intan jual mahal sangat!!! @alvinchong123
@ayu_b09: Alamakkk. Keliru laa macam mana ni!!! Dia main tarik tali pulak dah. Tak sabar nak tengok episod seterusnya @alvinchong123
@syillstagram: I am so stressed with intan. Saya berpihak kepada awak Hilman! Be Strong!
@afyqahdalilah: Ntah apa yang dia nak sebenarnya. Eh geram pulak kita.
@u.a.j.7: Adui Intan. Dah-dah lah tu. Aku pulak yang bengang. Asyik gaduh je korang ni. Hahahah
Wow sampai macam itu sekali penangan lakonan mantap Emma maembong.
Kalau anda peminat Emma Maembong, jangan lupa menonton drama terbarunya "Awak Suka Saya Tak?" yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 10.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Foto: Instagram @emma_maembongofficial / @alvinchong123
Sumber: AstroGempak NEXT>>
Advertisement