
"Lihatlah siapa saudara-saudara kalian (isteri Nabi), kerana persusuan itu kerana lapar." (Muttafaq `Alaih (1159).
Sesungguhnya persususan yang menjadikan terjadinya keharaman (nikah) dan halalnya berkhalwat adalah persusuan yang boleh menjadikan kenyang dari kelaparan bagi seorang anak kecil.
Oleh itu, tidak dikatakan dilarang perkahwinan melainkan ia dapat memuaskan kelaparan (dan ini adalah yang terkenal) supaya ia dapat menanam daging. Dan dalam hadits Ibnu Mas`ud Radhiyallahu 'anhu dikatakan, "Tidaklah dikatakan persusuan kecuali jika (boleh) menumbuhkan tulang dan daging." (Ibanatul Ahkam, 3/440).
Shaykh al-Islam Ibn Taimiyah pernah ditanya mengenai seorang lelaki yang membersihkan matanya dari debu dengan susu isterinya, adakah isterinya menjadi haram jika susu masuk ke perutnya? Dan pada satu ketika lagi, dia ditanya mengenai seorang suami yang suka bermain-main dengan isterinya sehingga dia biasa menyusu dada isterinya, adakah dia (isterinya) haram kepadanya? NEXT>>
Advertisement
