PENDAPAT PERTAMA : Isteri mempunyai hak untuk menuntut fasakh tidak kira sama ada ketagihan suami itu sebelum terjalin ikatan perkahwinan atau selepasnya. Pendapat ini merupakan pendapat yang paling popular bagi ilmu Fiqh masa kini. Hujah pendapat ini ialah ketagihan rokok dan dadah ini merupakan suatu aib yang amat menjijikkan bagi si isteri yang sihat tubuh badannya.
Maka dia mempunyai hak untuk menuntut fasakh demi mengelakkan sebarang kezaliman ke atasnya. Selain itu ketagihan rokok dan dadah ini juga akan mengundang kemudharatan kepada si isteri.
Maka hal ini perlu dielakkan berdasarkan dalil yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad & Ibn Majah riwayat Ibnu Abbas sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda : لا ضرر ولا ضرار Antara hujah mereka lagi ialah ketagihan merupakan satu sifat yang berterusan disebabkan si penagih tersebut sukar untuk menghentikan perbuatannya itu
Maka jalan yang terbaik adalah dengan berpisah. Allah SWT dengan jelas menyebut di dalam Al-Quran : “وإن يتفرقا يغن الله كل من سعته” yang bermaksud dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing2 dari limpah kurniaNya.
Loading...
PENDAPAT KEDUA : Isteri mempunyai hak untuk menuntut fasakh jika ketagihan si suami tersebut berlaku selepas perkahwinan dan isteri tidak lagi untuk menanggungnya.
Ini merupakan pendapat kecil di dalam ilmu Fiqh. Hujah mereka ialah jika si isteri meredhai perbuatan si suami sebelum terjalinnya ikatan perkahwinan antara mereka atau si isteri yang menjadi penyebab kepada si suami mengambil najis dadah dan rokok tersebut maka tergugurlah hak si isteri untuk mengelak kemudharatan itu.
PENDAPAT KETIGA : Ketagihan dadah atau rokok bagi si suami tidak memberi hak kepada si isteri untuk menuntut fasakh. Ini merupakan pendapat kebanyakan Ahli Feqah pada masa kini.
Hujah mereka ialah ketagihan ini bukanlah satu aib yang boleh memberi kesan di dalam hubungan kelamin antara suami & isteri. Selain itu kemudharatan akibat ketagihan ini akan kembali kepada si pelaku dan bagi isteri mungkin dapat mengelakkan perkara ini dengan mempraktikkan langkah2 pencegahan yang sewajarnya.
Hujah mereka yang terakhir ialah jika si isteri diberi hak untuk menuntut fasakh maka ini akan membuka pintu yang luas berlakunya talak yang akan menyebabkan bertambahnya golongan janda dan anak2 terabai. Hal ini juga akan meningkatkan lagi golongan penagih najis dadah dan rokok ini.
Maka terbuktilah di sini perkembangan peradaban dan ilmu telah mewujudkan kajian2 yang mendalam tentang bahayanya najis dadah dan rokok ini.
Masalah ini juga membuka lembaran baru dalam perbincangan hukum Fiqh dan di antara isu yang hangat diperbincangkan ialah isu berkaitan menuntut fasakh ini.
Dan jelaslah di sini perselisihan pendapat Ahli2 Feqah masa kini lebih mengutamakan perbahasan dari segi maslahah syarak, sesetengahnya pula mengutamakan maslahah isteri untuk mengelakkan kemudharatan, ada pula yang mengutamakan maslahah institusi kekeluargaan agar kekal utuh selama2nya dan ada pula sesetengahnya yang menggabungkan kedua2 maslahah ini. Maka akhirnya pendapat yang dipilih bagi masalah ini ialah pendapat yang kedua yang menggabungkan semua maslahah.
Jika si isteri mengetahui tabiat buruk si suami sebelum terjalinnya ikatan perkahwinan maka dia tidak mempunyai hak untuk menuntut fasakh kerana haknya telah tergugur dengan keredhaannya.
Begitu juga jika tabiat si suami tersebut berlaku selepas ikatan perkahwinan dan disebabkan si isteri itu sendiri sehingga dia tidak mampu untuk menghentikan ketagihan si suami tersebut, dia juga tidah berhak untuk menuntut fasakh.
Tetapi jika ketagihan suami tersebut berlaku selepas ikatan perkahwinan dan dia tidak mampu lagi untuk menanggungnya, maka dia berhak untuk menuntut fasakh demi untuk mengelakkan kemudharatan.
Tetapi jika dia mampu untuk bersabar dan dalam masa yang sama mengambil langkah2 pencegahan dan berterusan menasihati suaminya agar menghentikan kegiatan yang membinasakan itu,
maka itulah sebaik2 perkara yang dituntut oleh syarak sepertimana dalil Al-Quran yang berbunyi : وأمر أهلك بالصلاة واصطبر عليها yang bermaksud perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau sabar menunaikannya. sumber
Advertisement
